Monday 21 June 2010

Melaka Wonderland Theme Park!!


 


MELAKA 15 Mei – Melaka yang terkenal kerana pelbagai produk pelancongannya, menambah satu lagi daya tarikan apabila Melaka Wonderland iaitu taman tema dan resort bernilai RM80 juta dibuka kepada orang ramai hari ini.
Melaka Wonderland adalah sebuah taman tema air yang setanding dengan Sunway Lagoon di Kuala Lumpur, menyediakan permainan berasaskan air khusus untuk mereka yang berkeluarga, remaja, kanak-kanak dan warga emas.
Taman tema yang dibina di kawasan seluas 9.2 hektar terletak di belakang Taman Botanikal di Ayer Keroh, menyediakan 16 jenis permainan berasaskan air dan mampu menampung kira-kira 8,000 pengunjung dalam satu-satu masa.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika merasmikan taman tema itu hari ini berkata, kemunculan Melaka Wonderland adalah langkah awal buat kerajaan negeri untuk membangunkan produk pelancongan berasaskan rekreasi.
”Pembukaan Melaka Wonderland dijangka dapat meningkatkan jumlah pelancong yang datang ke negeri ini. Jika tahun lalu seramai 8.9 juta orang datang ke Melaka, tahun ini dijangka bertambah dengan adanya taman tema air ini,” katanya.
Sementara itu pengurusnya, Seow Cheng Swee, berkata harga tiket, yang telah ditetapkan untuk hari biasa ialah RM20 bagi kanak-kanak dan RM26 untuk dewasa manakala pada hujung minggu dan cuti umum pula RM30 untuk kanak-kanak dan RM35 untuk dewasa.
Bagi warga emas yang berusia 60 tahun ke atas, kadar bayaran yang ditetapkan ialah RM15.
Taman tema itu dibuka dari pukul 10 pagi hingga 7 malam pada hari biasa manakala pada hujung minggu pula ia beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.
Dipetik dari Utusan Malaysia
Info untuk para pengunjung :-

Maklumat bayaran ke Melaka Wonderland Theme Park :-
Hari biasa – Isnin – Jumaat
Dewasa : RM26.00*
Kanak-kanak : RM20.00*
Hari Cuti (Sabtu, Ahad dan Cuti Am)
Dewasa : RM30.00*
Kanak-kanak :RM25.00*
Warganegara berumur 60 tahun ke atas : – RM15.00
Budak kecil ditakrifkan sebagai tinggi bawah 3 kaki..
p/s :- Harga ini tertakluk pada perubahan. Sila rujuk Melaka Wonderland untuk keterangan lanjut..



Wednesday 2 June 2010

Declaration of Independence Memorial


Declaration of Independence Memorial
It is located in Melaka town and close to historical effects, such as A Famosa and replica of the Melaka Sultanate Palace. In front of this memorial is the Town Square. This building was built in 1911. Before the building known as the Malacca Cub. The building is also used for social events and the top government officials in the British colonial rule. After independence, the club is open to the public. Then on August 31, 1985, it is a memorial building that includes all document of freedom.
This memorial was established to collect documents about the country’s independence. In addition, the exhibition in this building include the Malacca Sultanate era until Malaya gained independence in 1957. Items on display include documents, photographs, maps, treaties, speeches, tape recordings, minutes of meetings, magazine, newspaper clipping artifacts and materials related to the struggle for independence.